The Stitch Creative
Salam semua..


Okay rase macam lame x update so kasi fresh sikit lah posting baru ni..Bukan apa..Busy sesangat kebelakangan ni.. Tempahan datang berduyun2. So bagi settle satu-satu dulu ok.. Ada satu baju kurung tu dah siap tapi belum sempat nak ambil gambar pun.. Serius banyak..Memang tak cukup kakitangan..Kalau boleh dibelah2 atau kerat 3 mungkin cepatlah siap semua tempahan tu.. So bagi yang sedang menanti tempahan anda siap...harap bersabar ye..Dun worry, kami akan PASTIKAN tempahan siap mengikut tarikh yang dijanjikan..



Itu sahaja kot..I ade terfikir nak jual Set Alat Jahitan (Basic) dan manik2..What say U?Kalau ade permintaan InsyaAllah I buat..OK darling...Babai semua..


CONTOH JE NI EH!!
 (Ingat nak tempek I punyelah nanti. LSN bagi masa beli NV50 haritu..Comel sangat! Thanks LSN )
The Stitch Creative
Salam buat sahabat semua...


Alhamdulillah berkat doa semua dan usaha gigih selama ini, perjalanan karier baru ini mula menampakkan hasilnya.. Juga terima kasih atas kepercayaan yang kalian berikan, amat2 saya hargai. Tanpa anda semua siapalah The Stitch Creative ini..




Ringkas saja entri ini tapi sangat2 mendalam maksudnya sebab saya benar2 ikhlas dalam menutur kata-kata ini. Semoga ukhwah yang terjalin sesama kita akan berlanjutan hingga ke akhirnya..Amin...



Terima kasih semua. Anda semua adalah Sahabat Saya Selamanya...



Sama macam ni kan!

Ala comei2...Gemoks Dempoks...I yang merah tu..U nak yang mana?
The Stitch Creative
Alhamdulillah,


Akhirnya Kebaya Kota Bharu dan Jubah Trendy ni selamat sampai ke yang empunya diri..Lama dah sampai sebenarnya cuma baru nak upload gambar. Jom layan jap...
Jubah ni sebenarnya lebih kepada dress sebab ada cutting dan kembang di bawahnya..Maaf jika kualiti imej tidak menunjukkan gambaran sebenarnya..Harus digayakan tuannya baru tampak hasil yang sebenarnya..Kak Ida.. mai satu gambaq nak ciloq boley? Hehe Gurau Garau je..


Ni kebaya Kota Bharu yang dah pun sampai kepada tuannya..Ni pun patung separuh je yang pakai...Later lah I beli mannequin yang takde kepala tu..Barulah nampak elok potongan baju tu..hehehe


Okay dah...Salam semua..
The Stitch Creative
Salam,

Seperti yang kalian sedia maklum, TSC juga ada menawarkan khidmat sulaman untuk memperindahkan lagi busana. Contoh sulaman yang telah saya aplikasikan di leher baju kurung adalah seperti gambar dibawah:-



Pandangan Atas

Sulam ini juga boleh dihiaskan di hujung lengan baju dan hujung bawah baju sebagai pengganti jahitan tangan (kelim baju). Bukan saja amat mudah malah sangat cantik bila diperagakan.


1 Layer (leher @ hujung lengan @ hujung baju)= RM5.00
1 Layer (1 set = leher + hujung lengan + hujung baju) = RM 10.00

Corak gabungan (leher @ hujung lengan @ hujung baju)= RM10.00
Corak gabungan (1 set = leher + hujung lengan + hujung baju)= RM20.00

Jahitan Manik (RM 50 dan ke atas), sangat bergantung pada jenis rekaan.



Sekian dahulu iklan hari ini..
The Stitch Creative
Salam petang semua..

Hehe... Just nak bagitau je yang saya dah punya buah hati baru..Nama die Abang Neo Vanderass (NV), handsome lagi macho. Berat badan 50kg hahah..(Macam x cukup macho lak kena tiup angin melayang)...Serius sejak jatuh hati padanya x pandang lain lagi dah...Jom saya kenalkan dengan kamu semua En Abang kita (kita panggil Brother NV50) je sudah...TARAAAA....




Abang Neo Vanderass kesayangan saya

Inilah dia pujaan hatiku..kihkih.. Kebolehannya super impressive..So kalau nak alter apa2 2-3 ari jek dah boleh siap..Nak sulam apa pun boleh...Tapi kalau nak sulam logo ke hapa tu maaf lah...Nak kena invest 40k baru dapat sebiji...Waaaa mana nak korek?

Contoh sulaman seperti dibawah..



Lain-lain kelebihan yang tiak dapat dijangkau dek akal

boleh jahit butang baju---(WOW!!) dan jahit tepi (siap boleh potong kain tu)...Tapi tak boleh lawan mesin jahit tepi industri tu laa...Yang ni paham2 lah kan..

Terima kasih LSN kerana menemukan saya dengan buah hati saya ni..Abang Neo, walaupun perjalanan untuk bertemu abang Neo penuh berliku (Cheras), sesat jalan, patah balik KL, salah masuk lane kena hon panjang (hepp! my friend yg drive eh-I takut sesat kihkih),guna GPS sampai handphone mati--pendek kata mmg penuh ranjau ni......akhirnya sampai jua untuk berjumpa dengan Abang Neo Vanderass yg punya berat bdn 50kg tu(Brother NV50)ku..Hehe..


Dah bye semua..Merepek je kejenye..
The Stitch Creative
Salam..


Alamak comel pulak gambar ni..hehe.. Okay..

Teruskan...Ada satu cerita ni korang nak dengar tak mengenai seorang ibu,baby dan doktor?-macam dah keluar tajuk lak kan..

Macam ni...Kelmarin jam 12.32pm waktu tempatan, ada seorang ibu baru melahirkan anak. So buat masa ni si ibu tu masih dalam tempoh berpantang..Mereka pun bagilah die rest sikit sebab die baru deliver baby. Suddenly ibu tu kena tahan dekat ward sebab ada masalah sikit...Tu yg tak keluar hospital lagi tu. So sekarang ni doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkan ibu yg ada complication tadi.. Okay cerita buat-buat tergantung..To be continue...
v
v
v
v
v
v
Hehe..penat tunggu ending story tu ye,


hehe..Actually macam ni..Kelmarin sampai la ni, I sedang bertungkus lumus menghapdet website (ibu yang sedang berpantang itu) sebab baru je deliver  'new looks' website (baby)..kukikukik..Then ada masalah teknikal pula (ibu yang kena complication). So my domain+hosting provider (doktor) sedang buatlah apa yg patut untuk recover (menyelamatkan si ibu) website tu....

Oleh yang demikian kira nak dipendekkan ceritera itu, Our Official Website http://www.thestitchcreative.com/ is under maintenance..All updating and news can be review in this blog from time to time..

OKAY...SI IBU DI AWAL CERITA SUDAH HABIS BERPANTANG (PANTANG SEMINGGU JEK)..HEHE.....IBU ITU SUDAH MASUK KERJA SEMULA...EVERYTHING BACK TO NORMAL LALALA



Salam semua..


The Stitch Creative
Salam semua,

Disini kami turut menerima tempahan sulaman seperti corak dalam gambar. Corak boleh digabungkan dan sesuai disulam dihujung lengan baju kurung/baju kurung moden/kebaya/telekong mahupun baju melayu. Lebih menarik terdapat juga sulaman alphabet dan nombor untuk sulaman nama atau pelbagai lagi kegunaan..Contoh-contoh sulaman akan diupload tidak lama lagi..Tunggu...


 
 
Sekian Terima kasih..